Anak sulungku yang sangat manja dengan aku.... sebelum tido mesti nak peluk2... nak tido di lengan... lahir pada 05 Julai 2003. Kehadirannya dalam hidup kami amat membahagiakan selepas hampir 4 tahun menanti selepas macam2 dugaan melanda sebelum aku mengandungkan Emil.
Sebenarnya dia lebih tabah dari aku (atau pura2 tabah depan aku.. wallahualam).. dia menerima berita pemergian Papanya malam itu dengan linangan airmata dan berkata padaku "tak sempatlah Papa tengok Abang membesar... siapa nak kejutkan Abang solat Subuh..." Ya Allah... runtuh hatiku ketika itu....
Ketika aku menangis... dia yang menepuk dan mengusap2 belakangku meminta aku bersabar... aduhai... terima kasih anakku.... dia begitu tenang ketika melihat papanya di mandikan... dikapankan... juga ketika Papanya dikebumikan...
Namun selepas pulang ke rumah makcik arwah (urusan mandi dan pengebumian dilakukan di sini dan bukan dirumah kami atas sebab2 tertentu... huhuhu) dia ada bertanyakan soalan padaku.."Mama... jadi Abang dan Adik sekarang ni anak yatim la kan.." erk... aku yang terdiam membisu... lambat2 mengangguk tanpa keluar satu patah perkataanpun dari mulutku..
Yang masih kuingat... hampir satu minggu kami bermalam dirumah mertua adik iparku, kami pulang ke rumah... ketika malam kedua selepas kami pulang...dia katakan padaku, dia terasa sunyi kerana tiada lagi suara Papanya memanggil Abang...! Abang...! malam itu juga dia menangis teresak2... duhai hati... bertabahlah....
Ketika entri ini ditulis... sangat sukar melihat dia menangis... dia bertindak seperti ketua keluarga... ajak aku dan adiknya makan... ajak jalan2 di bandar... ada saja plan dari dia....
~~ Nota untuk Abang: Mama sentiasa memohon doa dari Allah supaya Abang menjadi anak yang soleh...semoga menjadi alim ulama dan memberikan manfaat pada manusia sejagat yang akan mempertahankan agama Islam... semoga anak Mama hidupmu sentiasa diberkati Allah... Abang jaga diri, jangan nakal-nakal, jaga adik elok2, jangan gaduh ye sayang. MAMA SAYANG ABANG ~~

No comments:
Post a Comment