Assalamualaikum w.b.t...
Aku masih dapat soalan yang sama kalau orang jumpa aku... "arwah sakit apa dulu..?" "dah lama ke dia sakit..?" "tak bawak berubat ke..?" aku senyum je la...
Hari ni aku nak ceritakan secara ringkas dari awal apa yang arwah alami sehingga dia meninggal dunia... tapi kalau lemah semangat jangan le tengok2 gambar kat bawah nanti... huhuhu
4/11/2013 - dia demam panas dan dikejarkan ke Hospital Tawau pada pukul 11 tengah malam... malam tu juga kena masuk wad sebab kaki dia ada bengkak di bawah kulit dan sukar berjalan. Keesokan harinya Dr pakar memberitahu bahawa ada kuman dibawah kulit jadi perlu pembedahan untuk buang nanah dan daging yang busuk... yang sedihnya malam tu harijadi Elkin yang ke 7 tahun :(( (maafkan kami yer dik)
7/11/2013 - pembedahan pertama.. area yang dibedah tu di kaki kiri... tapi selepas dua hari baru balutan di buka... katanya prosedur biasa macam tu.. (what..??)
9/11/2013 - Dia lemah... balutan dah dibuka tetapi Dr kata kuman dah merebak hingga ke atas... need second operation... Allahu Akbar...
11/11/2013 - second operation... (kesiannya papa... )
 |
| gambar selepas pembedahan |
15/11/2013 - dia mula pesan dengan aku dan adik beradiknya.. jangan kebumikan di Felda..(rumah abah - FIL).. dia mula beritahu yang dia tak lama hidup... dan meminta maaf dengan semua orang yang dia kenal
19/11/2013 - 3rd operation.. Dr kata nak buang daging ' tak sihat ' .
 |
| gambar sebelum pembedahan |
Dia beritahu yang dia tak rasa haus dan lapar masa nie... sebelum
pembedahan Rasullullah mengajar arwah membaca surah Al-Kauthar lalu
disapukan ke leher... dia memberitahuku selepas saja dia menyapu tangan ke
leher... dia merasa bibir basah dan tekak sejuk dan air yang dirasa
itu begitu manis... (Subhanallah beruntungnya papa)
21/11/2013 - percakapannya mula merosot... pada hari itu juga dia nampak bidadari datang mengelilingi katilnya.. semua berbaju putih... memakai niqab... di niqab tu berjuntai2 manik2 yang sangat indah....
23/11/2013 - kena masukkan darah... Allahuakbar
24/11/2013 - arwah ditempatkan dibilik berasingan.. alasan yang diberikan darahnya dah dijangkiti kuman... jadi takut akan kena jangkitan dari pesakit2 yang lain.. Allahuakbar
tapi Alhamdulilah Allah maha mendengar lagi Maha penyayang... aku dan arwah berdua je dalam bilik nie.. macam VIP.. bilik 1st class... aku tak susah nak mandi.. tak perlu berdepan dengan pelawat2 yang seksi meksi.. aku lebih banyak masa berdua tanpa perlu keluar masuk kalau time Dr pakar meronda... sebab dia ada minta aku jangan tinggalkan dia sendiri
27/11/2013 - mula meracau lepas masuk waktu Asar.. katanya jangan tutup langsir nanti Malaikat tak nampak dia...
28/11/2013 - 4th operation... (speechless...)
 |
| gambar sebelum pembedahan |
|
|
|
03/12/2013 - dia menangis rindukan anak2.. luruh jantung tengok dia menangis...
04/12/2013 - discharge - betul2 genap sebulan kami dihospital tapi kami bingung jap sebab kaki tak tampal lagi tapi dah balik... hurmmm
sejak dari 05/12/2013 sampailah 20/12/2013 kami ulang alik ke hospital untuk cuci kaki.. selepas itu kami mencuba rawatan alternatif di klinik swasta... nampak ada perubahan...
tetapi pada 13/1/2014 dia dimasukkan ke hospital semula kerana kurang darah... Dr nak potong kaki dia tapi aku tak izinkan.. aku mohon dari Dr untuk balik selepas dah complete transfer darah... so 15/1/2014 kami pun pulang ke rumah itupun selepas kami sign beberapa surat pelepasan... huhuhu..
tapi sudah tertulis dia 'pergi' meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 19/1/2014 tepat jam 11.30 mlm..
AL-FATIHAH buatmu NOORHAIZAM BIN ASMAD