Assalamualaikum w.b.t.
Aku ingin merakamkan ribuan terima kasih pada ahli keluargaku, ahli keluarga arwah, rakan2 forum yang sanggup datang dari KL... rakan2 di FB, rakan2 arwah dari Indonesia, dari TM kerana memberikan sokongan kepadaku selama ini... walaupun agak terlewat... harap dapat menerima ucapan terima kasih dariku ini...
tak ketinggalan juga, aku ingin meminta maaf andai ada SMS, Whatsap, PM ysng tak terbalas.. bukan apa... aku tak mampu menjawab semua pertanyaan2 tentang keadaan arwah sebelum dan selepas meninggal.... mungkin sebab itu jugalah kenapa blog ini wujud...
Minggu nie adalah minggu terakhir aku di Tawau... walaupun belum 100 hari arwah meninggal dunia.. sepertinya kami pula pulang ke Selangor dengan kadar segera, tapi itu yang terzahir... tapi dari segi emosi aku dan anak2 macamana pula..?
ketika mengemas pakaian dan barangan... byk kali airmata ini mengalir... sedihnya bila tgk barang2.. semuanya ada kenangan tersendiri... manakan tidak... aku harus terus meninggalkan JIWA ku disini...

No comments:
Post a Comment