Anak bongsuku yang sangat rapat dengan kami berdua... lebih2 lagi dengan arwah Papanya.. kalau tido mesti menyelit antara kami berdua... kalau dia tertido awal... nanti tengah malam mesti menyelit tengah2 antara aku dan arwah. Kalau makan mesti dengan Papanya... apa Papa dia makan dia pun nak makanan yang sama takpun mintak suap dari Papanya...
Lahir pada 4 November 2006. Adik nie beruntung sebab memang dari kecil Papanya yang jaga.. sebab arwah nie 'househusband' ekekeke... so adik tak pernah hantar pergi nurseri... tu yang manja yang amat...
Si adik nie suka pendam perasaan... dia sukar nak mulakan perbualan dengan orang yang baru dia kenal... kalau dia marah dengan abang dia pun dia diam2 je.. tau-tau meleleh je airmata... tapi dengan aku jer dia berani mengadu.. kesian adik...
hurm..penerimaan dia..? hari yang Papa dia meninggal tu dia tak menangis tapi yang aku nampak mata dia merah.. dia gosok2 je mata dia macam orang yang mengantuk tu... tapi yang aku cakap tadi dia ni suka pendam...
Tapi ada satu malam tu (selepas kenduri malam ke-3) bila masuk bilik.. tiba-tiba dia baring... dia tutup muka dengan bantal.... aku dengar dia menangis teresak2... dia cakap " ni yang saya cari Papa ni... Mama... saya rindu Papa..." aku hanya mampu memeluk dia dan menangis berjemaah.... aku katakan padanya "kalau adik nak nangis.. nangislah... takde siapa nak marah...." sebab aku tau berapa lama dia dah menahan air matanya dari gugur....
ketika entri ini ditulis... adik kalau boleh dia tak mahu melihat gambar Papanya lama2... lepas tengok gambar2 tu... tau2 dia dah pergi bilik air cuci muka... tapi dia selalu kaitkan apa yang dia buat tu dengan Papa dia.. macam haritu gigi susunya patah..dia cakap dengan abang... "Abang... Papa mesti dah tau kan gigi saya patah.." kalau beli baju baru pun macam tu...
~~ Nota untuk Adik: Mama sentiasa memohon doa
dari Allah supaya Adik menjadi anak yang soleh...semoga menjadi alim
ulama dan memberikan manfaat pada manusia sejagat yang akan
mempertahankan agama Islam... semoga anak Mama hidupmu sentiasa
diberkati Allah... Adik dengar cakap abang yer, jaga diri, jangan nakal-nakal, jangan gaduh ye sayang. MAMA SAYANG ADIK ~~

